← PanduanHaji
Polisi Privasi
Kemaskini terakhir: 26 April 2026
PanduanHaji ("kami") menghormati privasi pengguna dan komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Polisi ni terangkan bagaimana kami kumpul, guna, dan simpan data anda bila anda gunakan aplikasi panduanhaji.org.
1. Maklumat yang Kami Kumpul
- Nama dan alamat e-mel (untuk login Google Sign-In atau pembayaran)
- Nombor telefon (jika opt-in WhatsApp reminder)
- Data progres umrah (tarikh berangkat, checklist completed, doa dengar)
- Data analytics (page view, klik, masa interaksi) untuk tujuan penambahbaikan produk
- Maklumat pembayaran diproses melalui SenangPay, kami tidak menyimpan data kad kredit
2. Cara Kami Guna Maklumat
- Untuk menyediakan akses kepada perkhidmatan PanduanHaji
- Untuk menghantar e-mel onboarding, peringatan, dan notis pembaharuan langganan
- Untuk meningkatkan kualiti aplikasi melalui analitik agregat
- Untuk memproses pembayaran dan langganan
- Untuk komunikasi sokongan pelanggan
3. Perkongsian dengan Pihak Ketiga
Kami tidak menjual atau menyewa maklumat anda kepada pihak ketiga. Kami hanya berkongsi data dengan penyedia perkhidmatan yang membantu operasi kami:
- Firebase (Google) untuk autentikasi dan storan data progres
- SenangPay untuk pemprosesan pembayaran
- Resend untuk penghantaran e-mel
- Cloudflare untuk hosting dan keselamatan
- Meta (Facebook) Pixel untuk analitik iklan agregat
4. Cookies dan Tracking
Kami menggunakan localStorage browser untuk menyimpan progres anda secara local. Cookies analitik daripada Facebook Pixel digunakan untuk mengukur prestasi iklan. Anda boleh disable cookies melalui tetapan browser anda.
5. Keselamatan Data
Data dilindungi dengan SSL/TLS encryption semasa penghantaran. Storan data menggunakan Firebase yang patuh dengan piawaian industri. Walaupun kami berusaha melindungi data anda, tiada sistem online 100% selamat.
6. Hak Anda
Anda berhak untuk:
- Akses kepada salinan data peribadi yang kami simpan
- Memohon pembetulan data yang tidak tepat
- Memohon pemadaman akaun dan data berkaitan
- Menarik balik kebenaran pemprosesan data
- Opt-out daripada e-mel pemasaran melalui link unsubscribe
7. Kanak-kanak
PanduanHaji direka untuk dewasa Muslim yang merancang umrah atau haji. Untuk akaun atas nama jemaah berusia bawah 18 tahun, daftaran perlu dibuat oleh ibu bapa atau penjaga.
8. Pembaharuan Polisi
Polisi ni boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Pembaharuan akan diumumkan di laman ni dengan tarikh kemaskini terkini.
9. Hubungi Kami
Untuk apa-apa soalan berkenaan polisi privasi, hubungi:
E-mel: support@panduanhaji.org